iNiLaH KisAh IdUpKu...

iNiLaH KisAh IdUpKu...

Thursday, February 17, 2011

Hnya kAU iBukU....SaYaNg IbU....



Ibuku.......

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini

Ku Tujukan kePada SahabaT...

Kawan
Sekadar renungan kita bersama
Suatu cerita penyakit jiwa
Bukan sakit kat wad gila
Zahir sihat, jiwa merana
Pandanglah teman renungkan bersama
Manusia dinilai dari iman dan amalnya..
Minta petunjuk moga tak dipersia
Selagi pintu taubat masih terbuka
Isikan dada dengan ilmu agama....
Takkan merana dan rasa sengsara...
Kerana pasti kembali padaNya....
Kejauhan remang rembulan,
dedaun mengusik jendela,
mengapa lena tiada menyapaku,
sedang malam bertandang sudah,
dan embun menyiram tanah.
haruman bunga segar mengharum,
di halaman kelawar berlegar,
mengapa bukan aku itu?
marilah malam,
temanilah sepiku,
saujana alamku terbentang
mengapa...........?
tiada yang sudi bertamu ,
halaman ku kosong terbiar,
dan haruskah aku bermusafir diri,
mencari dalam remang malam..........
Kawan
Apa erti kawan ?
Jika tidak suka menolong .
Apa erti kawan ?
Jika asyik bermasam muka .
Apa erti kawan ?
Jika kejujurannya dipertikaikan .
Apa erti kawan ?
Jika tiada rasa sayang .
Apa erti kawan ?
Jika tiada belas kasihan .
Apa erti kawan ?
Jika kebaikan tidak dinilai .
Apa erti kawan ?
Jika diri tiada teman ....
Kawan yang mulia ,
Kawan yang sebenar,
Kawan yang abadi..
ILMU
ialah kawan yang sejati !
Di manakah letaknya
kejujuran,
Apakah sebenarnya erti
pengorbanan,
Antara kuasa, cinta,
nafsu dan keinsanan.
Meskipun pelbagai kesengsaraan
menimpa hidupmu
walaupun kesakitan dan keperitan menjadi
bebanan
tabahkan hatimu
harungi lautan ini
demi matlamat yang kau gapaikan
bumi neraka pernah kau lalui
bagai mimpi ngeri bagimu
bangunlah kawanku..bangun...
sebagai jasad yang berdiri di bumi bertuah ini
bendunglah segala gejala sosial
menjadi yang hebat..walaupun tidak sehebat
mahadzir
agar jasadmu tergolong dalam yang dicucuri
rahmat....
Hidup
Perjuangan abadi
Oleh semua yang bernafas
Yang merasai akan agungnya
Karya ciptaannya
Hidup
Menempuh pelbagai cabaran
Semata untuk mempastikan
Kita pejuang yang berjaya
Menempuh dan mengalami
Ertinya yang sebenar..
Hidup pelbagai
Definisi diberikan
Kepalsuan, kesusahan,
Kerakusan
Dan kebahagiaan
Namun satu yang dicari
Pengalaman yang tidak akan
Kembali..
Hidup
Akhirmu bukan dikubur
Namun bergantung kepada
Perjuanganmu
Nanti akan ditentukannya...

Sunday, February 6, 2011

Ku TuJu BuAtMu.....sEORang InSaN (LeLaKi)

JIKA KAU SUKA SESEORANG BERTERUS TERANGKAN LAH AGAR SUATU MASA NANTI KAU TIDAK AKAN KECEWA.....BERTURUS TERANGLAH DARI SEKARANG AGAR KAU TIDAK MENYESAL DI KEMUDIAN HARI....HATI KAU AKAN TERASA SAKIT KERANA MELIHAT DIA PERGI BERSAMA LELAKI LAIN....TIDAK KAH KAU MENGERTI HATI SEORANG PEREMPUAN... HATI MEREKA JAUH LEBIH DALAM.....JAUH DI LUBUK HATINYA DIA JUGA MENYUKAI DAN MENCINTAI KAU...XAKAN PEREMPUAN MENCARI LELAKI SEHARUSNYA LELAKI YANG MEMULAKAN DAHULU...SEPERTI PERIGI MENCARI TIMBA...XAKAN IA BERLAKU...OLEH ITU JANGAN LAH KAU MELEPAS PELUANG ITU PERGI...PELUANG TERSEBUT TIDAK AKAN DATANG DUA ATAU TIGA KALI....BAGI MENGELAKKAN PENYESALAN YANGA AMAT MEMEDIHKAN.....LUAHKAN LAH IA....LUAHKAN APA YANG TERBUKU DI HATI MU...DI SAAT KAU MULA MENYUKAINYA DAN SEGALANYA..APA YANG MEMBUAT KAU TERTARIK KEPADA DIA.....DIA AKAN BEGITU TERUJA DENGAN UCAPAN IKHLAS KAU ITU.....DIA AKAN BERBANGGA ADA SESEORANG LELAKI YANG MENYUKAINYA DENGAN SEIKHLAS HATINYA....DIA BERSYUKUR DENGAN KAU KERANA KAU BERANI UNTUK MELUAHKAN SEGALANYA KEPADA DIA.....ITULAH PERJUANGAN KAU TUK MENDAPATKANNYA...KU TAHU BUKAN MUDAH TUK MELUAHKAN SEGALANYA..TETAPI KAU HARUS MENCUBANYA....BUANGKAN SIFAT EGO MU TUK MELUAHKAN PERASAAN MU TERHADAP DIA...KAU JUGA YANG AKAN GEMBIRA BERSAMANYA JIKA KAU BETUL-BETUL MENCINTAINYA........


DAN AKHIRNYA KAU AKAN BERBHAGIA DENGANNYA SEHINGGA KE JINJANG PELAMIN...SEMUA AKAN MEMDOAKAN KEBAHGIAAN KORANG BERDUA...ITULAH SAAT-SAAT YANG TIDAK DAPAT DI GAMBARKAN....BERADA DI ATAS SINGGAHSANA YANG INDAH DAN MEMBAWA BEGITU BANYAK MAKNA....DAN BERMULA LAH KEHIDUPAN KORANG BERDUA.....SEMOGA IA KEKAL SELAMANYA KECUALI AJAL/MAUT TIDAK DAPAT KITA ELAK KAN......TETAPI SEKARANG KEBAHGIAAN DAPAT HIDUP BERSAMA....KEKAL SELAMANYA......


Sweet SgAt...

Maharku Untukmu New Version [HQ]                          < CLICK HERE>
Inilah maharku untukmu Seperti ini kumampu Sepenuh hati kuberikan Sebagai wujud cintaku Maharku untukmu tulus kuserahkan Kepada dirimu satu yang kupilih Maharku untukmu agung karunia Yang Allah berikan padaku untukmu Terimalah sebaris doa Semoga engkau bahagia Dan kunyanyikan lagu ini Persembahan cinta suci
Length: 4:08

Inilah maharku untukmu
Seperti ini kumampu
Sepenuh hati kuberikan
Sebagai wujud cintaku


Maharku untukmu tulus kuserahkan
Kepada dirimu satu yang kupilih
Maharku untukmu agung karunia
Yang Allah berikan padaku untukmu

Terimalah sebaris doa
Semoga engkau bahagia
Dan kunyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci

Thursday, February 3, 2011

WANITA SEHARUSNYA BERSYUKUR......




Ramai yang tidak tahu bahawa ada beberapa pekara yang telah tercatit dalam hadis yang mengisahkan perbezaan darjat kaum wanita dan lelaki. Perbezaan-perbezaan ini yang menaikan darjat kaum wanita.Ciri-ciri tersebut disesenaraikan di bawah ini :-



  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

  2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dlm rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dgn 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

  3. Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkanya.

  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

  7. Barangsiapa yang mengembirakan akan perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.

  8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganay, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

  10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

  11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

  12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?? Jawab Rasulullah,"Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

  13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

  14. Wanita yang taat akan suaminya, ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

  15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana? mana pintu yang di kehendaki dengan tidak dihisab.

  16. Syurga itu dibawah tapak kaki ibu.

  17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

  18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

  19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah.wanita sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.