iNiLaH KisAh IdUpKu...

iNiLaH KisAh IdUpKu...

Wednesday, January 12, 2011

RAKAN, KAWAN, TEMAN, SAHABAT..... BERBEZA??

Tahap yang pertama : Rakan. Rakan selalunya tak kekal lama. Mungki kenal-kenal begitu, waima nombor telefon rakan-rakan ini pun kita tak ingat dan terlupa. Seolah-olah ia sekadar bersaudara dengan kita kerana sesuatu perkara. Contohnya, sekiranya kita ingin menubuhkan satu perniagaan secara perkongsian, pasangan kita dipanggil rakan kongsi. Belum lagi pernah dengar sahabat kongsi :)

Tahap yang kedua : Kawan. Kawan memang ramai. Istilah lain yang sesuai untuk di'pasang'kan bersama istilah kawan ini adalah 'member' atau 'geng'. Kawan memang mudah dicari, tapi nak dapat yang terbaik memang susah. Paling tidak pun, kawan yang kita ada adalah kawan sesama bilik, kawan sesama kelas, kawan sesama 'batch' dan tidak lupa juga ada 'kawan' yang diharamkan dalam Islam. (Dia tidak mahu kawin, tapi mahu kawan kapel je....)

Tahap yang ketiga : Teman. Untuk istilah ini, kadang-kadang menimbulkan kontroversi jika salah digunakan. jika istilah ini digunakan untuk pasangan sejantina, maka dilihat sebagai 'perkara yang di luar tabi'i' (Entahlah, pandangan streotype!) tetapi, untuk pasangan berbeza jantina, teman ini lebih merujuk kepada pasagan hidup (Untuk yang dah berkahwin je ea... Untuk yang belum, HARAM nak berteman tetapi mesra ini!)

Tahap yang keempat : SAHABAT. Ini tahap yang paling mantap. Nabi SAW dan Abu Bakar adalah sahabat yang terbaik! Terhebat dan belum tentu ada lagi yang sehebat Abu Bakar yang menjadi SAHABAT yang sangat  baik dengan Rasulullah SAW. Sahabat berbeza dengan istilah-istilah diatas. Sahabat akan sedih dan tersisih bila tidak disusahkan, sahabat juga akan terasa bila tidak diajak. Sahabat juga kadang-kadang lebih daripada saudara sekandung. Betapa hebatnyaSAHABAT !


 ~Dedikasi buat semua sahabat handai yang mengenali diri ini~

No comments:

Post a Comment