iNiLaH KisAh IdUpKu...

iNiLaH KisAh IdUpKu...

Wednesday, June 22, 2011

sAyanG kAmU...

Udah lama ku xbuka blog ini....Apa khabar my follower sekalian....Diharapkan semua nyer berada di dalam keadaan sihat sejahtera.....Setelah sekian lama ku tidak meluahkan curahan hati di blog ini....Hal ini di sebabkan aku terlampau buzy untuk menghadiri kuliah dan mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan....Sekarang aku sudah abeh bergelar pelajar tahun 1....Pada semester akan datang aku akan melangkah ke Tahun 2....Aku akan menjadi senior pula kepada pelajar tahun 1 pada kemasukan sesi 2011/2012....Sekarang ini tengah cuti semester iaitu selama 3 bulan lebih....Aku hanya dok kt rumah sahaja wlopon kawan-kawan ku yang lain sibuk bekerja...Aku juga ingin bekerja tetapi entahlah...Tertiba rasa malas menguasai diri...Aku lebih rela menghabiskan masa bersama-sama dengan keluargaku.....Nanti pada cuti sekolah di penghujung bulan 11 sehingga akhir bulan 12 tahun 2011 ini aku pula sedang sibuk di universiti....Adik-adikku dok di rumah dan menghabiskan masa dengan pergi bercuti....Aku hanya mampu mendengar cerita keseronokan mereka yang dapat pergi bercuti....Bila agaknya aku dapat pergi bercuti dengan semua ahli keluarga ku sekalian...Urmm....Aku juga ingin pergi bercuti di rumah sahabat-sahabatku yang lain....Tentu seronok berada di negeri orang....Aku juga turut mengimpikan agar suatu hari nanti aku dapat menjejakkan kaki di tempat asing....Contohnya...China, KOrea, Jordan dan tidak lupa juga untuk pergi ke Mekah dan Madinah.....Melihat begitu indahnya tempat itu.....Ohh.....Sungguh tak dapat ku bayangkan jika aku berada di sana....Itulah harapanku....Aku harap ia mampu menjadi kenyataan......Ku harap itu.......Erm...Berbalik kepada kerjaya ku yang masih bergelar seorang pelajar...Aku akan berusaha semaksimum mungkin agar aku berjaya dengan cemerlang dan dapat membanggakan ibu dan ayahku serta adik-beradik yang lain....Aku ingin menanamkan azam agar aku berjaya...Adik ku yang kedua udah belajar di sekolah berasrama penuh....Dia ingin menjadi seorang doktor.....Aku berharap adik aku itu akan berjaya dengan cemerlang....Setakat inilah dulu yang mampu aku coretkan...Jika aku ada sebarang penambahan akan aku coretkan kemudian...

No comments:

Post a Comment