iNiLaH KisAh IdUpKu...

iNiLaH KisAh IdUpKu...

Saturday, July 5, 2014

♥..... I'M BACK ....! ♥

Aduhh.. Sudah lama tak buka blog neh.. Abeh bersawang sudaa…
Al-Maklumlaa berada di rumah ada saja kerja yang perlu dilakukan…
Aku telah tamat belajar pada bulan januari 2014… Dan hanya tinggal beberapa bulan untuk menghadiri konvokesyen iaitu yang dijangkaakan berlangsung pada hujung tahun ini…
Kawan-kawan yang lain suda bekerja dan mendirikan rumah tangga… Tapi…. Aku maseh berada di rumah lagi… Banyak jugak pekerjaan yang aku minta tapi belom dipanggil lagi… Diri ini terasa nak sambung belajar lagi…. Hehe ~ Takpa ada rezeki nanti kita sambung belajar ke peringkat sarjana lak..
Kadangkala aku terpikir jugak masa depan.. Aku masih belom bekerja..  Duit pon bukan ada sangat dalam tangan neh.. Nak cari keja sementara susah bila dipikirkan kerja mestilah sampai malam… Siapa yang nak amek aku pulang dari tempat kerja nanti… Urmm…. ~
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wewitt.. Hari neh birthday adik kembarku ke-19… Happy Birthday to both of you.. Semoga Berjaya di dunia dan diakhirat kelak.. InshaAllah.. Semoga Allah mempermudahkan segalanya...
-zuhiera zulkipli-


Friday, March 8, 2013

Bersua Kembali ^_^

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama tak meng"update" blog ini..
Apa khabar semuanya? Semoga sihat sejahtera bersama orang-orang tersayang..
Setelah lama tidak mencoret di blog ini kerana terlampau sibuk dengan tugasan harian...
Sekarang adalah semester kedua terakhir ku disini.... Masa cepat berlalu..
Dengan adanya masa ini segala coretan terpendam boleh diluahkan dalam bentuk penulisan.
Masa lapang ini di ambil dan digunakan dengan sebaik-baiknya meluahkan dalam blogku ini...
Hopefully semua sudi membacanya...!

Entry baru...? Alamak. Kurang tahu cket apa yang berlaku sekarang.
Al-Maklumlah.. Tinggal kat sini tiada televisyen yang bole dilihat dan di tonton..
Nak guna WIFI memang tak dapat lah kat bilik ini..
Nak guna broadband jauh sekali lah.. Haha~
Melembapkan dan meng"slow"kan internet aku adalah.. =(

Ramai sahabat blogger meng"updated" isu-isu terkini..
Tidak kira mengenai movie, drama terbaru, berita sensasi .....oPzz... dan sebagainya....!!!
Apakah....???

Nak dijadikan cerita...~
Bila celik sikit baru tengok kt facebook... Taw jugak lah sikit2....
Sebelom nieh, jadi katak kat bawah tempurang lagaknya. Memang tak tahu langsung.
Hanya mendengar dari sahabat terdekat sahaja, apabila mereka bercerita..
Kita hanya mampu menyampuk bicara dan mengutarakan pendapat sahaja. Nak komen lebih2 takut tak pasal karang.. oPpzzz.... HUHU~
Fahamlah sendirilah yaaa....! No komen about this....! Urm.. >.<

Cerita "HOT" .....!!!!!!

Teringat kes "LAHAD DATU" pulak... Kasihan kan?
Banyak mangsa terkorban. Anak, isteri dan ibu bapa mangsa sedih meratapi...
Aishhh.. jahat betul orang luar tue... urmm....~ Tak fikir langsung...

Seharusnya.....
Fikirkan keluarga mereka. Penderitaan yang dihadapi saat suka dan duka..
Jasa dan keringat mereka "PERWIRA" negara... Harus di ingati =)
Haruslah dihargai. Kenanglah jasa yang telah ditaburkan.
Semoga Allah membalas segala-Nya di dunia mahupun di akhirat..
Semoga "MALAYSIA" berada dalam keadaan makmur dan sejahtera...
Tak suka pertumpahan darah berlaku.. Biarkan dunia ini aman dari anasir-anasir jahat.
Kasihanilah hamba Allah yang tidak berdosa itu.


Wasalam dariku,
Zuhira_Zulkipli90

Tuesday, November 13, 2012

Ohh.. Apakah !

** Nieh ayat yg ku post kt fb **

♥ KETIKA melihat rakan-rakan lain SUDAH BERTEMAN, bahkan SUDAH BERKAHWIN, terasa DIRI KERDIL? TAK PERLU rasa sebegitu, sayang ♥ MEREKA yang kahwin awal, BUKAN BERMAKNA mereka "LAKU" tetapi ALLAH cepatkan JODOH mereka untuk mengelakkan MAKSIAT BERPANJANGAN. Dirimu tidak KESEORANGAN, JODOHMU juga sedang MENCARI dan MEMBINA IDENTITI DIRINYA untuk mendirikan rumahtangga bersamamu kelak. PERCAYALAH~!

p/s: ALLAH TIDAK akan MENGECEWAKAN HAMBA-NYA, andai HAMBA-NYA itu mengikut SURUHAN-NYA :')


** Klaw korg suma baca ayat tue asa2 mengambarkan diri aku tak? haha... pelik jgak smpai ada org tny kt aku solo lg ka...klaw solo napenya? Haha ! Aku nak balajar bg abeh dlu keja pas tue baru aku nk pikir pasal nikah nieh.. Sekarang fokus aku B.E.L.A.J.A.R shaja... Moga suatu hati nanti ALLAH temukan yg sesuai dan mampu menjadi imanku yg T.E.R.B.A.I.K kelak ! Bercinta lpas khawin lg sweet lah..Hekhek !  Suka aku tengok orang bercinta lpas kwin sbb suma dh halal.. Nk pegang lebeh2 pon dh boleh... Biar masa yang menentukan segalanya... Ku berserah pada Allah SWT tuk temukan jodoh yang sesuai untukku. **

Saturday, October 27, 2012

10 Zulhijjrah 1433

bertarikh 26 Oktober 2012 saya beraya di UNIMAS tak pulang bercuti di rumah... ini adalah tahun kedua tak pulang ke rumah...atas alasan tiket mahal sgat..hehe

best tgk org post kt fb dapat balik rumah...mereka xpa lah snggup berhabis duet beli tiket balik...klaw saya balik tiket bas pon xda dah... mak pon kata xpa lah berkorban tuk raya nieh sbb xdpat balik... mungkin itulah istilah "BERKORBAN" semperna HARI RAYA AIDILADHA nieh.... LEMBU dikorbankan, kita pula berkorban tak balik rumah... xpa saya kuatkan diri dan tabah dalam menghadapi ujian-Mu Ya Allah..... mak ciap poskan kueh2 raya lg... seorang ibu snggup wt apa shja untuk anaknya... TERIMA KASIH, MAK... SAYANG MAK....

perjalanan kelmarin best sgat2...dapat beraya di rumah lecturer....dapat makan "LEMANG" mmg dh dok mengidam nk mkan dri raya posa dlu lg..oPpss....mengidam ???? haha~ xda lh...tp mmg nk sgat makan lemang..tercapai jugak hajat nk makan nieh...suka2...huhu~~
bila g beraya kita dpt taw tentang family nya...dicitu kita dapat tahu kehidupan beliau yg sederhana... beliau ada dua org anak...cumel2 belaka...pndai sungguh bercakap...kami semua layan kerenah anak-anaknya yg cumel tue... di samping itu, wt turut menolong utk menyediakan "LAKSA JOHOR".... 1st time makan laksa johor....rupanya cam tue cara untuk wt laksa johor nieh...balik umah 6t cuti sebulan bole ajak mak wt laksa johor nieh...hehe~~

bakat terpendam kst lh kena di keluarkan jgan simpan ja.... baru bole nk tnjuk skill memasak ckit...haha~ apa2 pun hari raya adiladha yang dilalui pada hari pertama besh sgat2... ini merupakan experiences 1st beraya kt sarawak nieh... dulu masa 1st year xbalik jugak pulang beraya di rumah.. tetapi hanya duduk kt bilik xberjalan ke mana-mana.... thun nieh dpat jgak berjalan-jalan beraya bersama kawan-kawan yang lain..mungkin ini raya terakhir bersama mereka semua kerana tahun hadapan dh nak abis belajar kt UNIMAS nieh.... tp saya ntah lahh..... tenGok keaDAan... byk berposing2 marin..haha...bukan senang kan dpt berkumpul bersama-sama di hari raya cam nieh....mcm2 kerenah marin nieh but happening sngguh....
namun, saya berharap dapat pulang bercuti pada hari raya tahun hadapan... pada bulan 1 nieh cuti selama sebulan.. mereka ingin adakan lawatan industri di Sabah,.... Saya malas nak ikuti pogram tue.... asa abeh ja exam truz nk balik umah... MISS MY HOME =) nak jumpa family.... 5 bulan xjmpa...nk balik cepat....
Saya berharap semua ahli keluarga saya sihat sejahtera dan menanti kepulangan saya pada bulan 1 tahun hadapan iaitu 2013.... sekejap jaaa dh nk masuk 2013... bulan NOvember nieh genaplah umur saya 22 tahun tepat pd pukul 4.15 petang...hehe~

PTA menunggu... Kena siapakan PTA1 pada semester nieh... Lepas abeh cuti seminggu nieh banyak kerja kena wat lg..Huh~ dugaan dan cabaran seorang student universiti.. ChaiYoOokkk....

Saturday, September 8, 2012

KEMBALI !!!!

Pantas sungguh masa berlalu..Setelah ku tamat sebagai Pelajar Tahun2, aku memulai cuti semester..Masa itu sungguh girang tak terkata...Dapat dok lama dirumah..Wow..Seronoknya..Dapat bermanja2 dengan mak..Memang best sgat2...Masuk semester nieh aku akan bergelar pelajar tahun3..Ohh..Sungguh cepat masa berlalu...Aku nak berjaya dan membalas jasa kedua ibu bapaku...Aku sayang keluarga aku..Pada 9 September 2012 nieh tepat 7.05 pagi aku akan berlepas kembali ke Sarawak...Sedih hatiku untuk meninggalkan keluarga di Semenanjung...Berat hatinya untuk kembali ke sana...Namun, aku harus tetapkan pendirian untuk berjuang menghabiskan pelajaranku...Tujuan utama untuk BERJAYA !!!!! Aku harus buktikan yang aku boleh agar ibu bapaku berbangga dengan kejayaanKu.... Aku harap aku akan berjuang untuk memberikan kesenangan kepada keluargaKu..SAYANG <3 SEMUA

CiNtA oOo cIntA


Ku terbaca dalam satu novel mengenai definisi C.I.N.T.A beberapa orang pelajar university apabila ditanya oleh fasilator yang mengambil alih program dalam masa minggu aluan pelajar.

“Cinta ini macam dadah. Ia buat orang ketagih. Buat orang mabuk, khayal dan hilang arah tuju. Cinta jugak bahaya dicuba-cuba sebab ia boleh membunuh akal dan jiwa kita. Tapi dalam masa yang sama, cinta itu mengasyikkan”

“Cinta ibarat secawan kopi yang hangatnya Cuma seketika. Sewaktu masih panas, aromanya wangi dan rasanya sedap. Tapi kalau sudah sejuk, pasti bau dan keenakkannya hilang. Kopi yang sejuk langsung menutup selera. Begitu juga cinta, lama-kelamaan akan pudar dan tawar”

“Cinta umpama taufan. Datangnya tanpa diundang. Tiupannya mampu mengubah keadaan dalam sekelip mata. Cinta mampu menukar kebencian dalam sedetik, umpama taufan membawa hujan menimbus tanah gersang. Detik cinta menyentuh..... ibarat taufan ganas melanda. Serangannya tak mampu ditepis. Mangsa yang terjebak pasti keresahan. Seksa menanggung cinta umpama seksa mangsa taufan dan tangisan akibat kegagalan cinta sama seperti tangisan insan yang ranap kediamannya dihempas taufan”

“Cinta Cuma susunan lima huruf tanpa makna. Keabadian cinta Cuma episod rekaan pelengkap sebuah cerita dogeng. Ungkapan cinta yang indah-indah hanyalah omongan kosong. Mengejar cinta sama seperti mengejar fatamorgana di tanah datar. Sudahnya anda yang kecewa. Acap kali kita dengar, manusia lupa maruah diri dan agama kerana cinta. Kerana kerakusan cinta yang tiada mata hatinya, lahirlah anak-anak haram yang hina dan terbiar”

                Bagaimana pula dengan penafsiran anda tentang cinta. Definisi di atas hanya ku peroleh daripada novel. Ku belom mampu memberikan definisi cinta. Terlampau agung jika cinta ditanyakan kepadaku..Huhu~

Sunday, April 8, 2012

~ MaRi BeLajAr BahAsa SaRaWak ~





Sekarang an MASUM 2012 Fasa 1 diadakan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)...
Ramai atlet2 dari pelbagai universiti hadir untuk menyertainya....
Besh nyer tgk diorg...At least dapat mewakilkan universiti menyertai pertandingan yg dipertandingkan...
Aku ntah ahh bila lah dpat nk merasa cm tue ahh...Dah lah xactive sgt kt u nieh...
Aduhhh...Sgat2 jelezz ng diorg suma....


Syokk nyerr bila ramai pelajar dr pelbagai universiti hadir...
Kawan dr sekolah dulu pon dtg..Tp xsempat nk jmpa ng dia lg...
Susah sgt2 nk jmp ng dia tue..Huh !!!
Ntah lah dapat jmpa ke tak an.....
Suma yg datang cny mst lh bljar klaka Srawak...
Baru lh besh t balik semenanjung bole lah klaka Srwak ng kwn2 yg lain....
Sbb kita dpat bljar bhsa yg lain dr yg lain....
Kita dpat tambahkan bhasa...Hehe~~
Untung lah aq belajar kt UNIMAS nieh...
Wlopon jauh tp berbaloi lh jgak an....

Malam esok ada perasmian MASUM koi 7.30 mlm...
Aq mst p tgok depa berarak mengikut universiti...
Nk wat cmna aq hanya mampu melihat dr jauh xmampu utk mnyertainya....
Sedey nyr aq sbb xdpt jdik atlet mcm depa suma....
Aq pon xtaw cmna nk aktifkan dri kt u nieh....
Aduhhh....
Td ptg aq tgk diorg wt raptai....Besh sgt2...
Tarian2 dia mmg terbaik...Mmg the best lh bdax BAYU nyr tarian.....
Jelezz I taw....ahhahaha~~
Tp mmg terbaik lah tarian Srawak nieh...
Beruntung diorg dr semenanjung dpat tgk tarian bdk2 srwak nieh...
Ok lah cny dh msuk magrib....
Yuk...Solat...Tunaikan kewajipan anda dahulu...
Daaa.....Muahhh22.....