Ku terbaca dalam satu novel mengenai definisi C.I.N.T.A
beberapa orang pelajar university apabila ditanya oleh fasilator yang mengambil
alih program dalam masa minggu aluan pelajar.
“Cinta ini macam dadah. Ia buat orang ketagih. Buat orang mabuk, khayal
dan hilang arah tuju. Cinta jugak bahaya dicuba-cuba sebab ia boleh membunuh
akal dan jiwa kita. Tapi dalam masa yang sama, cinta itu mengasyikkan”
“Cinta ibarat secawan kopi yang hangatnya Cuma seketika. Sewaktu masih
panas, aromanya wangi dan rasanya sedap. Tapi kalau sudah sejuk, pasti bau dan
keenakkannya hilang. Kopi yang sejuk langsung menutup selera. Begitu juga
cinta, lama-kelamaan akan pudar dan tawar”
“Cinta umpama taufan. Datangnya tanpa diundang. Tiupannya mampu
mengubah keadaan dalam sekelip mata. Cinta mampu menukar kebencian dalam
sedetik, umpama taufan membawa hujan menimbus tanah gersang. Detik cinta
menyentuh..... ibarat taufan ganas melanda. Serangannya tak mampu ditepis.
Mangsa yang terjebak pasti keresahan. Seksa menanggung cinta umpama seksa
mangsa taufan dan tangisan akibat kegagalan cinta sama seperti tangisan insan
yang ranap kediamannya dihempas taufan”
“Cinta Cuma susunan lima huruf tanpa makna. Keabadian cinta Cuma episod
rekaan pelengkap sebuah cerita dogeng. Ungkapan cinta yang indah-indah hanyalah
omongan kosong. Mengejar cinta sama seperti mengejar fatamorgana di tanah
datar. Sudahnya anda yang kecewa. Acap kali kita dengar, manusia lupa maruah
diri dan agama kerana cinta. Kerana kerakusan cinta yang tiada mata hatinya,
lahirlah anak-anak haram yang hina dan terbiar”
Bagaimana
pula dengan penafsiran anda tentang cinta. Definisi di atas hanya ku peroleh
daripada novel. Ku belom mampu memberikan definisi cinta. Terlampau agung jika
cinta ditanyakan kepadaku..Huhu~
No comments:
Post a Comment