Rencana oleh ulama muktabar :-
1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.
2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat.
Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."
4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.
6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri. Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.
Muzakarahlah bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan mudah nak amalkan
"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.."
"SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs...."
WANITA IDAMAN
nuurlin menulis :-
"Wanita yang aku sayangi
Adalah pencipta tuhanNya
Yang mengalir cinta, takut dan harap
Yang mengusai perjalanan penghidupannya
Dari waktu ke waktu
Dari hari ke hari
Sehingga perjanjian
Di antara jasad dan nyawanya
Berakhir...
WaNita yang aku rindui
Adalah wanita di mata dan di wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
di sudut hati kecilnya
Sentiasa menbesarkan Allah
Wanita yang aku cintai
Yang menutup auratnya
Dari pandangan lelaki ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Disanjung tinggi
Pendudul langit dan bumi
Wanita yang aku impikan
Adalah yang mendekatkan
Hatiku yang telah jauh
Kepada Ar Rahman dan Ar Rahim
Namum aku tidak ada disana
Kerana aku dilamar kebendaan dunia
Wanita yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
yang tidak bermatakan benda
Wanita yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Menjadi pelita untuk putera-puteri
Yang bakal diahirkan
Untuk menyambung
Perjuangan dibelakang hari
Sesunguhnya
Wanita yang selalu
Berada dalam doaku
Dirimu dan seluruh kaum Hawa....
Jadilah kamu...
WANITA "Mujahidah" yang dimpikan itu..!"
info yg berguna..
ReplyDeleteterima kasih sahabat krn ingatkan tika sedang leka
dgn duniawi...
"ketinggian akhlak dan budi cerminan peribadi muslimah sejati"
~seindah perhiasan dunia adalah wanita solehah~