iNiLaH KisAh IdUpKu...

iNiLaH KisAh IdUpKu...

Saturday, September 8, 2012

KEMBALI !!!!

Pantas sungguh masa berlalu..Setelah ku tamat sebagai Pelajar Tahun2, aku memulai cuti semester..Masa itu sungguh girang tak terkata...Dapat dok lama dirumah..Wow..Seronoknya..Dapat bermanja2 dengan mak..Memang best sgat2...Masuk semester nieh aku akan bergelar pelajar tahun3..Ohh..Sungguh cepat masa berlalu...Aku nak berjaya dan membalas jasa kedua ibu bapaku...Aku sayang keluarga aku..Pada 9 September 2012 nieh tepat 7.05 pagi aku akan berlepas kembali ke Sarawak...Sedih hatiku untuk meninggalkan keluarga di Semenanjung...Berat hatinya untuk kembali ke sana...Namun, aku harus tetapkan pendirian untuk berjuang menghabiskan pelajaranku...Tujuan utama untuk BERJAYA !!!!! Aku harus buktikan yang aku boleh agar ibu bapaku berbangga dengan kejayaanKu.... Aku harap aku akan berjuang untuk memberikan kesenangan kepada keluargaKu..SAYANG <3 SEMUA

CiNtA oOo cIntA


Ku terbaca dalam satu novel mengenai definisi C.I.N.T.A beberapa orang pelajar university apabila ditanya oleh fasilator yang mengambil alih program dalam masa minggu aluan pelajar.

“Cinta ini macam dadah. Ia buat orang ketagih. Buat orang mabuk, khayal dan hilang arah tuju. Cinta jugak bahaya dicuba-cuba sebab ia boleh membunuh akal dan jiwa kita. Tapi dalam masa yang sama, cinta itu mengasyikkan”

“Cinta ibarat secawan kopi yang hangatnya Cuma seketika. Sewaktu masih panas, aromanya wangi dan rasanya sedap. Tapi kalau sudah sejuk, pasti bau dan keenakkannya hilang. Kopi yang sejuk langsung menutup selera. Begitu juga cinta, lama-kelamaan akan pudar dan tawar”

“Cinta umpama taufan. Datangnya tanpa diundang. Tiupannya mampu mengubah keadaan dalam sekelip mata. Cinta mampu menukar kebencian dalam sedetik, umpama taufan membawa hujan menimbus tanah gersang. Detik cinta menyentuh..... ibarat taufan ganas melanda. Serangannya tak mampu ditepis. Mangsa yang terjebak pasti keresahan. Seksa menanggung cinta umpama seksa mangsa taufan dan tangisan akibat kegagalan cinta sama seperti tangisan insan yang ranap kediamannya dihempas taufan”

“Cinta Cuma susunan lima huruf tanpa makna. Keabadian cinta Cuma episod rekaan pelengkap sebuah cerita dogeng. Ungkapan cinta yang indah-indah hanyalah omongan kosong. Mengejar cinta sama seperti mengejar fatamorgana di tanah datar. Sudahnya anda yang kecewa. Acap kali kita dengar, manusia lupa maruah diri dan agama kerana cinta. Kerana kerakusan cinta yang tiada mata hatinya, lahirlah anak-anak haram yang hina dan terbiar”

                Bagaimana pula dengan penafsiran anda tentang cinta. Definisi di atas hanya ku peroleh daripada novel. Ku belom mampu memberikan definisi cinta. Terlampau agung jika cinta ditanyakan kepadaku..Huhu~